16 August 2009

Resolusi 7/2009 : Anwar Pengkhianat

Ramai sahabat BPN telah mendesak agar dibuat resolusi mengutuk Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Alif Ba Ta. Namun kerana kesibukan dan faktor tertentu maka saya tidak berjaya membuat resolusi tersebut dengan kadar segera seperti yang dipinta oleh sahabat setia Blogger Pembela Negara ( BPN )

Akhirnya malam ini saya telah diberikan sedikit masa oleh Allah untuk menyiapkan resolusi yang dihajatkan oleh kita semua. Maka dengan ini marilah kita membuat kecaman dan juga menzahirkan pendirian mengutuk seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang pernah menjadi orang kedua terpenting di negara kita sejak menyertai UMNO dan Kabinet sebelum dipecat dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun pada 1998 kerana meliwat.

Yang sedihnya ialah si pengkhianat ini telah bertungkus lumus mencuba untuk merobohkan kekuatan bangsa Malaysia dengan agenda politiknya yang melangkaui sempadan kehormatan bangsa atau agama atau undang-undang negara. Meskipun berbelas tahun telah berada di dalam kerajaan dan sering mengecam pembangkang sebelum dibuang dari jawatan..

Oleh itu Resolusi kita ialah :

1. BPN bersepakat mengutuk Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat agama.

2. BPN sedar segala kecaman yang melampau batas terhadap institusi Raja dan agama Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca dari tindakan beliau yang membuka pintu kepada penghinaan tersebut samada nyata atau rahsia.

3. BPN mendesak agar si pengkhianat ini yang terus mengajak ke arah ketidakstabilan dan mengancam keselamatan awam agar ditahan dengan segera atau diusir dari Malaysia jika kita tidak ingin melihat negara kita akan terjerumus ke kancah peperangan saudara atau berlainan etnik agama dan fahaman politik mereka.

4. BPN juga meminta kerajaan turut mengusir sesiapa sahaja yang berkeras ingin menyentuh perkara sensitif seperti Raja dan Agama Islam agar turut diusir keluar dari negara kita tidak kira dari apa jua bangsa atau agama mereka.

5. BPN akan terus berkempen agar rakyat menolak si pengkhianat ini dan juga sesiapa sahaja yang menyokong idealisme perjuangan songsang beliau dari terus diberikan ruang di tanah Malaysia.

6. BPN menyeru rakyat Malaysia membantu usaha menolak tokoh pengkhianat moden ini yang terang terangan telah banyak melanggar undang-undang negara kita dan sibuk mencari idea untuk menjatuhkan pemimpin negara walaupun telah menyebabkan urusan kebajikan rakyat sudah tidak lagi terbela di negeri yang mereka telah diberi kuasa.



Yang benar,


Panglima Perang Cyber,
Ydp Blogger Pembela Negara
Ahad 11.03 malam
15 Ogos 2009

27 comments:

Tungaklangit said...

SALAM

SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...

SALAM SEJAHTERA

anakmudakita said...

ape korang igt korg tu bagus sgt?

mengutuk seorang pembela maruah bangsa, agama, dan negara dr dijajah israel(atau mongolia?) ialah satu ksalahan yg x leh dimaafkan.

ikutlah sgt si Najib tu

tgk ape dia dah buat kat peserta2 perhimpunan mansuhkan isa

kat Altantuya....

klu korg jd mcm tu

padan muka


p/s: aku rasa pasni korg kena buat lg satu resolusi. Kutuk diri korg sendiri.

BPN = Bloggers Pembela Najib

AuToPsY said...

anwar pengkhianat!!!!!

CUPING MERAH said...

fakta di terbalikkan ...inilah kerja korang

CUPING MERAH said...

umngok akan terus bongok..kah..kah..kah

Suara Pemuda said...

Anwar memang pengkhianat! dah banyak fitnah tentang negara kita dilakukan di luar negara..seronok orang luar yang selama ni memang cari point nak tekan negara.. Yang sibuk sangat dengan Altanthuya tu apahal? tak habis lagi? yang gatal sangat nak hapuskan ISA tu buat apa? dah cukup kuat dan selamat dah duduk kat Malaysia tanpa diasak bangsa lain?tak buat keje bodo tak kena la simbah air..

Tanya anwar kenapa tak bersumpah, membela diri mengatakan dia tidak pernah memburukan negara di luar negara..

pm_mode said...

orang anwar semuanya buta.. macam tu punya penipu manusia pun diorang tak bley nak nampak lagi.. sayang ramai anak melayu dah kena tipu.. anwar juga makan sedap, tidor sedap, naik kete sedap.. tak kurang pun senang dia.. hai lah MELAYU..

bob said...

Berikut ialah koleksi video klip yang mendedahkan pembohongan parti UMNO selama ini. Ia dapat di lihat di dalam siri video klip ini dimana terbukti pejuang kemerdekaan yang sebenarnya bukan UMNO yang pada masa itu slogannya ialah “Hidup Melayu” tetapi PKMM, MDU dan lain-lain di dalam PUTERA-AMCJA dengan pemimpin-pemimpin mereka seperti Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Mohammad (Pak Sako), Lim Kean Chye dan lain-lain berslogankan “Merdeka”.

UMNO sebenarnya adalah BARUA British, yang telah menangkap dan menekan perjuangan rakyat. Ramai yang merengkok di alam penjara dan ramai juga yang telah dibuang negeri. Ikutilah kisah menyayat hati tentang pembohongan UMNO yang telah merampas “panji kemerdekaan” dan dengan angkuh memadam sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan untuk mendabik dada tanpa segan silu kononnya UMNOlah pejuang kemedekaan Tanah Melayu.

SILA KE TRANUNGKITE..ADA KLIP 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA..

pezal said...

Anwar peliwat.. kalo berani bersumpah lah..

http://skpluto.blogspot.com

Melati Putih said...

ANWAR MEMANG PENGKHIANAT NEGARA.
SANGGUP MEMPERGUNAKAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.
MALAYSIA KUCAR-KACIR SEBAB DIA!!!!

pakteh man said...

Salam,





Di anjung sebuah surau, sambil menunggu waktu Isyak, tiga orang sekawan bersembang. Macam-macam hal dibualkan, dari cerita Tsunami di Samoa, gempa di Sumatera sehinggalah ke PRK Bagan Pinang.





Pak Samad: : Eloknya PAS tak payah bertanding di Bagan Pinang. Bagi ja Isa Samad menang.





Haji Sulaiman: Hish, mana boleh Pak Samad. Tak boleh dibiarkan Umno ni menang percuma. Kena ada lawan.






Wak Lebai menyampuk : Yalah Pak Samad, PAS tak menang pun takpe, ini perjuangan dakwah.





Pak Samad: Kawasan ni kampung halaman Isa Samad, ramai saudara mara dia di sana. Dia pun pemimpin lama berjasa, bekas MB pulak tu. Banyak kelebihan Isa ni nak menang.





Wak Lebai: Atas kertas memang Isa calon favourite. Tapi dalam keadaan Umno lemah sekarang ni, tak mustahil berlaku kejutan. Orang Cina sama India dah tentu undi PAS.





Pak Samad : Kalau PAS menang pun tak jadi apa pun. Kerajaan Mat Hassan tak tergugat pun, masih ada majoriti di DUN. Patutnya PAS tak payah bertanding, sokong ja Umno demi kesatuan Islam.





Haji Sulaiman yang berdiam diri sejak tadi mula bersuara: PAS kena tentang Umno selagi dasar perjuangan Umno ni belum berubah, perjuangan kebangsaan Melayu. PAS pulak perjuangkan Islam.






Pak Samad : Kan Umno pun perjuangkan Islam macam PAS jugak? Cuma Umno berjuang bil-hikmah, tak bising-bising macam ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.





Wak Lebai : Islam Umno ni tak ori, Islam plastik. Dulu Islam Hadhari, sekarang ni buat mazhab baru pulak, mazhab 1Malaysia.





Pak Samad: Hish wak ni, janganlah pulak nak memandai. 1Malaysia ni bukan mazhab. Ini gagasan PM kita, nak satukan rakyat Malaysia. Tanpa mengira parti, bangsa atau agama.





Haji Sulaiman : PAS dan Umno ni sampai bila pun kena berlawan. Dasar perjuangan berbeza sangat. Satu ke kiri, satu ke kanan. Macamana tak berlawan ?





Pak Samad: Tapi Haji, dasar perjuangan PAS dan DAP pun sangat berbeza, macam langit dan bumi. Macamana pulak tu, dengan Umno PAS kena berlawan, tapi dengan DAP boleh pulak PAS berkawan?





Belum sempat soalan Pak Samad dijawab, azan Isyak pun berkumandang. Haji Sulaiman, Wak Lebai dan Pak Samad bangun mengambil wuduk.

sayyidina umar al-khattab said...

salam ukhuwah salam perpaduan...

dalam hal DS anuar ana tidak berapa tahu...

tetapi apa yang ana harap BPN boleh mengeluarkan satu resolusi mengecam tindakan Nik Aziz yang semakin melampau dari hari ke hari...

Nik Aziz marahkan TS Isa yang d katakan mempunyai rekod politik wang.padahal TS Isa dah di hukum...

Tetapi apakah kita sudah lupa Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan membela tindakan Ketua Pemuda DAP yang menghina kesucian Islam??? walaupun Nik Aziz menarik balik kenyataannya apakah Nik Aziz sudah dihukum??

Nik Aziz juga sepatutnya di hukum di sebabkan kenyataannya yang melampau...!!

ingat pepatah melayu mengatakan "terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.."

Nik Aziz tidak sepatutnya tersalah dalam memberi kenytaan kerana ia melibatkan kesucian agama islam....!!

wassalam..

sayyidina umar al-khattab said...
This comment has been removed by the author.
AIZAD ADNAN said...

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2009/10/orang-macam-ini-bukan-sultan-beb-dia-tu.html


berikut adalah la,n blog yang menghina sultan secara terbuka. diharap BPN mengutuk keras artikel ini

pejuang bangsa said...

ye memang betul 2....anuar 2 bkn sjer penghianat kepada umno,malah kepada rakyatnya sendiri di malaysia....ader la kwan aku ney,dia ney pgawai polis kat kl 2....aku smbang ngan dia pasal anwar knaper dyer kna tangkap 2,pastu mamat 2 kate salah satu ksalahan anuar 2 yang berat ialah dyer memberitahu maklumat negara kta kepada negara luar-maybe US lar kot....cibai punyer anwar

pejuang bangsa said...
This comment has been removed by the author.
pejuang bangsa said...

aku nak bgitao kpada orang melayu sume....aku sendiri adalah orang melayu.....tolong jangan jadi diri korang 2 bodo sangt...korunggg sedar kta sudah mempunyai 3 parti politik melayu? umno,pkr,pas....cuba lar kita smua bersatu dengan kerajaan dengan menyokong kerajaan malaysia sendiri senangg2 kerajaan melayu tros aku ckp....kerajaan sjelar yang boleh membela orang2 melayu sume...yang korang smua sokong parti politik laen 2 apasal? mcm pas 2...sory aku mnta maaf dulu first2,sbb aku ckp ney ader kurang ajar skit lpas ney.....korungg tao x yang pas 2 cumer menggunakan agama sbagai medium mereka...depa sanggup mendahalukan parti2 politik pembakang spt dap 2....sedarlah wahai orang melayu bahawa negara kita ney bkan sedang dalam jajahan atau cengkaman dari ngara luar....tapi dalam negara kita sendiri....jika kita x bersatu,negara kita akan menjadi seperti negara Singaporre yang dimana asal nyar dari negara org Melayu yang di takeover oleh org cina ney.....sedarlah!!1

Rizal30 said...

Kasihan orang Shah Alam. Ia adalah bandar Melayu yang kini mula dikuasai puak-puak DAP. Sejak kerajaan pakatan ini memegang tampuk pemerintahan, banyak peristiwa yang tidak terfikir oleh orang Shah Alam telah berlaku. Mana ada dalam sejarah Shah Alam orang berdemo memegang lilin. Ia berlaku apabila salah seorang pemimpin DAP mati terjatuh dari bangunan SPRM dua minggu lalu.
Yang menyedihkan, demo pegang lilin itu berlaku hanya kira-kira 200 meter dari masjid besar berwarna biru yang menjadi mercu tanda kesucian Islam warga Shah Alam. Ikut pandangan ulama (bukan Nik Aziz), demo pegang lilin untuk memperingati orang mati itu adalah haram. Tapi kini ia berlaku di bandar raya kemegahan (satu masa dulu) orang Melayu. Di situlah terletaknya institusi ulung orang Melayu iaitu, UiTM - yang pernah disyorkan oleh kerajaan pakatan semasa mula memerintah Selangor, supaya dibuka kepada semua.
Nampaknya orang Shah Alam yang dulu begitu ghairah memberi undi kepada DAP, PKR dan Pas kini terpinga-pinga. Apa sudah jadi?


http://arenanusantara.blogspot.com/

Rizal30 said...

Orang Melayu miskin? (Iklan Perkauman)

APABILA saya menonton TV yang menyiarkan iklan Nescafe, hati saya berbaur antara marah, sedih dan amat merasa terhina sekali dengan iklan tersebut. Alangkah malu dan marahnya saya apabila iklan tersebut memperlihatkan yang orang Melayu (kumpulan sasaran iklan tersebut) tidak mampu untuk membeli kain pada harga tunai dan ditawarkan untuk membayar 12 kali bayaran ansuran.

Adakah kita, orang Melayu begitu daif sebagaimana yang dipaparkan dalam iklan tersebut? Mengapa keturunan lain untuk produk yang sama, iklan menunjukkan yang mereka baru berpindah ke rumah baru yang besar dan dikunjungi ramai saudara mara dan sahabat handai.

Saya sangat-sangat berharap agar pembikin iklan komersial agar lebih sensitif dan bertanggungjawab untuk mengelakkan ada pihak yang berasa marah dan tidak berpuas hati.

http://arenanusantara.blogspot.com/

Rizal30 said...

Kebanyakan akhbar Cina menyiarkan tulisan-tulisan pembaca yang memburukkan polis dan institusi kerajaan lainnya kerana dianggap sebagai institusi kuasa Melayu, memperjuangkan bahasa Cina supaya setaraf kedudukannya dengan bahasa Malaysia, menuntut pengiktirafan kepada sekolah Cina dan sebagainya.

Usaha DAP dan juga PKR untuk mengelirukan pandangan masyarakat terhadap pendirian satu akhbar melayu yang mempertahankan hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan telah diputarbelitkan sebagai rasis oleh DAP, malah penjenayah yang ditahan oleh polis pun dijadikan isu perkauman.

DAP adalah parti bukan Melayu maka apabila dihalau wartawan akhbar Melayu, tidakkah ini bersifat rasis.

Kenapa tidak dihalau wartawan daripada akhbar Cina? Apakah kerana menyuarakan kepentingan sebangsa?

Ia menunjukkan kegagalan DAP untuk meyakinkan media dan masyarakat umumnya bahawa nasionalisme DAP yang bersifat kecinaan lebih sesuai bagi rakyat negara ini.

Dahulu orang Melayu tidak tahu betapa rasisnya akhbar-akhbar Cina di negara ini kerana mereka tidak dapat membaca bahasa Mandarin tetapi terjemahan daripada akhbar- akhbar Cina yang disiarkan oleh satu akhbar melayu sekarang ini telah dapat mendedahkan kepada masyarakat Melayu betapa tidak nasionalnya akhbar Cina di Malaysia.

Jangan Sampai Malaysia Jadi Hak Mutlak Cina Macam Singapura.

Ni La Orang Kata Menang Sorak Kampung Tergadai

http://arenanusantara.blogspot.com/

Rizal30 said...

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.

Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu rujukan]Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

Rizal30 said...

aku lihat layu dalam melayu.....
aku pasti bukan aku seorang saje yg nampak...
ada juga yg bercadang bertanya tuan yg punya...
tapi bercampur risau dan tak tergamak....
nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri...
jadi aku menyendiri.... memerhati.... dan akhirnya mengakui....
yg kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan, bunga tak cantik kembang mekar ke kiri....
aku lihat layu dalam melayu...
tanahair kita yg punya kita... kita siram kita baja.... tapi angin api kita lupa.... mereka merancang masa menjilat bangsa.... 13 harimau bertukar menjadi mangsa....
kita lupa....
nenek moyang kaya raya.... jangan sesekali digadai harta bendanya...
ku lihat layu dalam melayu.... ku lihat layu dalam melayu..... takkan melayu hilang di dunia... ya... tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa.... petah berbahasa kudrat tak berjasa.... orang berbudi kita hanya tahu merasa... selalu lari bila dirapat, selalu malu bila soalan diaju.... selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju.... belum menyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak.... bukan kata takde otak, cuma tak berfikir di luar kotak.....
ku lihat layu dalam melayu.... ku lihat layu dalam melayu.... ku lihat layu dalam melayu...
aku jadi sayu... bunga menangis dia mendayu.... mahu jadi cantik tapi ragu....
aku merayu.....
bangunlah semula hidup kembali.... jangan tunggu matahari mati.... cepatlah mekar sebelum terlerai....
perjuangan kita belum selesai.... perjuangan kita belum selesai.... perjuangan kita belum selesai....
http://arenanusantara.blogspot.com/

Islam Tanpa Sempadan said...

salam panglima..mintak tuan link kan blog saya di dalam list BPN..

terima kasih

selagimasihada said...

Salam tuan,

Mohon blog http://satunota.blogspot.com di link kan sebagai penyokong BPN. Terima kasih atas jasabaik ~ bh

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇

melayu2020 said...

alhamdulillah..kasi kurang sikit ego bn dan umno..

Kamu harus munasabah!!

BoTak said...

JOM PIKIR PASAL STUDENT KITA!!

http://tomok123.blogspot.com/2010/10/benarkah-pelajar-ipt-di-malaysia-paling.html

Template by : Che Moq