02 December 2008

Laporan Sidang Blogger Isnin 7 / 2008

Topik : Isu Gabungan Graduan Melayu Muda dan pendirian Blogger Pembela Negara


RESOLUSI


1 - BLOGGER PEMBELA NEGARA bersetuju dengan tindakan Gerakan Graduan Melayu Muda mengambil tindakan tegas berlandaskan undang undang terhadap pihak yang menentang ketuanan Melayu sebagai tuan asal negara Malaysia. Selagi ia berlandaskan undang undang dan tidak mencemarkan keharmonian negara Malaysia yang didiami oleh pelbagai bangsa


2. Ahli BPN disarankan meletakka logo dan link GGMM sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu Islam ini dari dinodai oleh mana mana pihak


3. BPN akan menjadi badan tidak rasmi bagi mempromosi segala aktivit GGMM dan kerjasama ini akan dijayakan oleh semua ahli ahli di dalam BPN termasuk yang bertaraf pemerhati di blog mereka melalui usul dalam resolusi sidang maya.



Kehadiran ahli sidang : Lihat imej di atas...


4. Memandangkan Melayu merupakan bangsa yang menitikberatkan budi pekerti dalam berbahasa, BPN memohon agar pihak jawatankuasa tertinggi GGMM mengulas mengenai sebuah blog yang menggunakan nama GGMM di mana ianya telah mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak kerana kandungannya yang agak keterlaluan. Sila klik sini ( http://graduanmelayumuda.blogspot.com/ )


5. GGMM perlu membuat penambahbaikkan blog rasmi mereka sejajar dengan reputasi GGMM sebagai wakil graduan yang mempunyai daya intelektual yang tinggi dan Visi dan misi perjuangan GGMM perlu diperjelaskan bagi memantapkan gerakan penuh berani dan bijaksana selari dengan budaya bangsa.


6. Ahli BPN disarankan dan digalakkan menyertai tindakan dan aktiviti yang digerakkan oleh GGMM yang berteraskan dan berpaksikan menjaga nama baik bangsa dan agama di bumi melayu yang bertuah ini...manakalan GGMM pula akan menggalakkan ahli ahlinya membantu BPN di alam siber ini bagi menjadikan agenda menjaga ketuanan agama dan bangsa tetap terpelihara dan berjaya dengan satu suara yang bersepakat dan muafakat.Ia akan menjadikan BPN dan GGMM saling melengkapi antara satu sama lain di dalam menjadikan perjuangan lebih kemas dan fokus kepada arah yang sama walau di alam yang berbeza...


Sekian.


Disediakan oleh,


Panglima Perang Cyber

http://penembak-tepat.blogspot.com


12.01 pagi 2 Disember 2008

3 comments:

AbgTuah said...

Salam Tuan,

blog ini menghina Islam, kita perlu perangi blog ini,

http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

Sumber diperolehi daripada ahli BPN FAZRULLs

MOHD IZAFFI said...

Blog2 Pembela Melayu tak banyak yang fanatik dan Panas.

GGMM buat kelainan pada artikel dan ayat2 dalam blog menimbulkan keresahan pada banyak pihak.

Ada Positif dan negatifnya.

Sesekali kita usik dan basuh bangsa lain apa salahnya.

Bloggers Pembela Negara said...

gaya kaedah berlainan tak apa..asal matlamat kita sama.

tq

Template by : Che Moq