29 November 2008

RESOLUSI SIDANG 29 NOVEMBER 2008 6/2008

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, semakin ramai yang berani dan bersemangat menyertai Parlimen Blogger Pembela Negara yang kini samada yang lama dan baru berjumlah 55 laman blog keseluruhannya. Kesungguhan dan sokongan ini yang kami mahukan agar semua umat islam dan melayu dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama mengutarakan pendapat dan berbicara mengenai hal ehwal semasa samada dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.

Dewan BPN juga telahpun diganggu oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab membuat kacau dengan menyamar sebagai seorang bukan melayu, seorang gay dan seorang pejuang pro pakatan rakyat. Kira-kira 50% ahli BPN malam semalam, 29 November 2008 bersama berkumpul di dewan persidangan maya di laman pena picisan telah membincangkan isu tindakan Timbalan Presiden MCA, iaitu Chua Soi Lek yang membuat kenyataan berbaur perkauman apabila menafikan hak ketuanan melayu. Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.

Justeru, kami dengan sebulat suara berbincang mengusulkan :
  1. Kenyataan Chua Soi Lek menentang ketuanan melayu adalah demi populariti dan juga cuba menjadi seorang lagi jaguh masyarakat cina. Kenyataan Chua juga seperti mempunyai agenda tersembunyi mengkaburkan isu skandal seksnya bagi mempromosikan dirinya kembali ke pintu kabinet sebagai menteri setelah menang mengejut di dalam pilihanraya parti lalu. Ianya bukanlah kenyataan yang bernas dan bijak kerana di dalam situasi keadaan politik yang tegang, tidak seharusnya Chua menambahkan lagi bahang suasana demi tujuan politik peribadi dan populariti. MCA seharusnya memberikan nasihat dan hukuman di atas kenyataan Chua yang berbaur perkauman.
  2. Semua pemimpin dan menteri kabinet bukan melayu seharusnya tidak menentang keistimewaan dan ketuanan melayu di bumi Malaysia kerana sebagai 'role model' dan ikutan teladan kepada pengikut-pengikut, perlunya mereka memahami dan menuruti untuk mendukung perlembagaan Malaysia sepenuhnya demi menjamin kestabilan politik semasa.
  3. Perlunya menteri-menteri, exco-exco, pemimpin-pemimpin dan juga pegawai tertinggi tidak kira samada dari parti-parti kerajaan (UMNO) mahupun parti-parti pembangkang (PKR&PAS) untuk bersatu teguh bersama dan sepakat dengan lebih berani bersuara mengenai campurtangan hal ehwal agama Islam dan juga campurtangan mengenai hak dan keistimewaan melayu. Tindakan YB Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Bharu) bersuara dan menegur semua jemaah YB kerajaan dan pembangkang di sidang Parlimen Malaysia suatu ketika dulu amat terpuji dan berani kerana katanya mengenai agama yang perlu diutamakan seterusnya barulah berfikir mengenai parti adalah tepat.
  4. Oleh kerana islam dan melayu adalah kelompok agama dan bangsa utama dan terbesar di Malaysia, seharusnya kita bersatu dan bukan berpecah belah sehingga memberi kelebihan kepada bukan bumiputera mempertikaikan hak-hak kita. Kerjasama kepimpinan akar umbi, pemuda dan wanita bagi kesemua parti dari kerajaan dan pembangkang perlulah diwujudkan bagi menghasilkan satu ikatan teguh dan berani bertindak membela dan memperjuangkan hal ehwal agama islam dan hak ketuanan melayu yang semakin dinafikan bukan islam. Kerjasama ini walaupun agak sukar diadakan, cukuplah sekadar tidak rasmi bersuara searah kearah mempertahankan hak agama islam dan bumiputera.
  5. Sepatutnya orang bukan melayu lah yang sepatutnya memperingati dan perlu jelas dengan kontrak sosial kerana ianya telah memberikan peluang kepada nenek moyang mereka untuk menjadi warga Malaysia suatu ketika dahulu yang datang merantau di bumi tanah melayu mencari rezeki. Orang Melayu tidak untung apa-apa dengan perjanjian itu kerana sebahagian hak-hak melayu sebagai penduduk asal tanah melayu telah pun dilepaskan demi kesejahteraan bersama.
  6. Kerajaan perlu bertegas kembalikan semula fungsi sistem sekolah wawasan di tahap WAJIB yang mana sebelum ini sekolah wawasan dikatakan kurang mendapat galakan kaum bukan melayu. Ianya perlu selepas kita melihat kegagalan sistem yang ada untuk menyatukan semua bangsa. Apatah lagi selepas generasi baru sudah tidak memahami asal kontrak sosial dan juga kemerdekaan negara yang bertunjangkan ketuanan Melayu Islam sejak zaman berzaman.
  7. Perlunya setiap ahli BPN untuk menyiarkan resolusi ini bagi memastikan maklumat ini tersebar dan tiada lagi unsur sabotaj di dalam kontrak sosial oleh bukan melayu yang mahu menjadi ultra dan jaguh menuntut hak yang menjadi perkara muktamat di Malaysia.
Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 28 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.
Setiausaha I BPN

28 November 2008

MINIT MESYUARAT / BLOGGERS PEMBELA NEGARA BIL 5/2008 ( edisi terkini )


MINIT MESYUARAT / BLOGGERS PEMBELA NEGARA BIL 5/2008


Tarikh : 21 November 2008

Masa : 9.00 mlm hingga 12.00 mlm

Tempat : http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara

Kehadiran : 31 online

1. PanglimaCyber
2. Che Moq
3. Ahlang
4. Fazrulls
5. Selendang_delima85
6. Dr Nov
7. Chegu Man
8. Bro Jinggo
9. Zealforce
10. Mizi24
11. Perjuang Bangsa
12.Abg Tuah
13.Warga
14. Apai_nye
15. Summadaksabah
16. Taipingmali
17. Sang Tawal
18. Slumber

13 ahli sidang yang lain bertaraf guest dan tidak dapat dipastikan namanya..



BIL AGENDA

1. Ucapan Speaker

1.1 Ucapan ringkas dari Panglima Perang Cyber Selaku Speaker Dewan

1.2 Membincangkan untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi Dan Exco setiap Negeri

1.3 Setiap ahli membuat cadangan dan dipersetujui

2. Perlantikan AJK

2.1 Ahli sebulat suara telah bersetuju melantik ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dicadangkan dan ahli yang dilantik akan ditetapkan sehingga ada aduan dari pihak yang tidak berpuas hati barulah undian akan dibuat semula.

2.1.1 Antara AJK yang telah Dilantik ialah:

i. Penasihat – Dr Novandri ( belum rasmi kerana masih menunggu jawapan )
ii. Speaker – Panglima Cyber
iii. Timbalan – Cheguman
iv. Setiausaha 1 – Che Moq
v. Setiausaha II – Selendang Delima
vi. Biro Multimedia – Desprado
vii. Biro Pemuda –Fazrulls
viii. Kelab Senator – Zealforce
ix. Biro Seberang Laut – Azzuhrie ( Kelab UMNO Mesir )
x. Exco Negeri :-
i. Perlis-
ii. Kedah-
iii. Pulau Pinang – Pejuang Bangsa
iv. Perak- Taiping Mali
v. Selangor- Melayu Sepang
vi. Wilayah Persekutuan – Bro Jinggo
vii. Negeri Sembilan –
viii. Melaka-
ix. Johor- Jebat
x. Pahang-
xi. Terengganu-
xii. Kelantan-
xiii. Sabah- Sumandak
xiv. Sarawak- Apai Ngelai

TINDAKAN : Semua Ahli

2.2 Semua Ahli berpuas hati dengan perlantikan tersebut.

2.3 Manakala jawatan yang masih kosong akan diisi pada mesyuarat yang akan datang..


3. Membuat Peraturan Forum

3.1 Membincangkan untuk menetapkan peraturan-peraturan tertentu bagi mengelakkan berlakunya salah faham antara ahli-ahli.

3.2 Perbincangan tertumpu pada penggunaan ayat-ayat yang ditaip secara penuh SEMASA SIDANG RASMI bagi menggelakkan ketidakfahaman ahli-ahli yang lebih senior.

3.3 Peraturan lain akan ditetapkan dan sedang dirangka oleh Che Moq selaku setiausaha 1 dan juga Panglima selaku Speaker.



3.4 Cadangan

3.4.1 Satu Cadangan telah dibuat oleh Selendang Delima iaitu setiap ahli yang baru menyertai Forum hendaklah memberi salam dan memperkenalkan diri serta menyertakan Blog mereka. Cadangan diterima.


TINDAKAN : Semua Ahli

4. Mengadakan Mesyuarat Pada hari Yang Ditetapkan

4.1 Membincangkan tentang hari-hari tertentu untuk mengadakan perbincangan
4.2 Speaker Dewan iaitu Panglima Telah memaklumkan hari Isnin Rabu dan Jumaat telah dipersetujui sebagai hari Perbahasan.
4.3 Hari Selasa,Khamis dan Sabtu sebagai Hari untuk membincangkan soal Organisasi BPN
4.4 Semua Ahli bersetuju


TINDAKAN :Semua Ahli

5. Logo

5.1 Membincangkan logo Forum BPN.

5.2 Cadangan Ahli:-

i Logo yang ada dibuang Jata Negara
ii Diletakkan Al-Quran diatas Rehal
iii Keputusan yang diambil iaitu Al-Quran di
atas Rehal dan keris dibelakang dikecilkan sedikit saiz logo tersebut
iv Perubahan logo akan dibuat oleh Desprado dan akan di undi malam esok 28.11.2008

TINDAKAN :Semua Ahli

6.Ucapan Penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan menangguhkan sesi perbincangan ke malam esoknya dan berharap apa yang dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 malam


TINDAKAN :Semua Ahli

Disediakan oleh,

Selendang Delima
Setiausaha 2 Bloggers Pembela Negara.

Disemak oleh,

Panglima Cyber
Speaker Blogger Pembela Negara

Dikemaskini semula,

Bro Jinggo ( http://brojinggo.blogspot.com/ )
Exco Wilayah Persekutuan


P/S :- MINIT MESYUARAT INI YANG PALING SAHIH DAN BETUL.

27 November 2008

RESOLUSI SIDANG PARLIMEN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA NO 4/2008






Tajuk : NGO bukan Islam tidak patut tentang Fatwa dan
Isu berhubung NGO anti Islam di Malaysia


Resolusi Pertama : Blogger Pembela Negara mendesak Kerajaan supaya Majlis Agama diberi kuasa lebih luas untuk membanteras NGO NGO yang menentang Fatwa atau memporak perandakan fahaman Islam sebenar di samping menyelaraskan majlis agama negeri-negeri seluruh Malaysia..

Resolusi kedua : Kita kena hapuskan pengaruh NGO seperti Sister In Islam dan NGO bukan Islam yang bersikap anti kepada Islam dengan mendesak kerajaan menyekat gerakan mereka samada di media massa, media cetak atau media eletronik..Jika tidak berjaya barulah dikenakan tindaan keras seperti ISA dan sebagainya.

Resolusi Ketiga : Blogger Pembela Negara juga bersetuju ISA atau Akta Hasutan 1948 digunakan bagi mengekang kegiatan mengganggu ketenteraman awam termasuk menyebar fahaman feminin dan Islam Liberal oleh sesetengah NGO bernama Islam terutama SISTER IN ISLAM kerana menghasut rakyat menentang fatwa walaupun fatwa itu tidak terpakai ke atas bukan Islam.

Kami bersetuju bahawa ISA masih lagi wajar di dalam mencegah kemungkinan mudarat besar berlaku serta ia tidak mencabul hak asasi manusia. Atau nas nas agama

Resolusi Keempat : kerajaan perlu menyiasat dengan teliti semua NGO bernama Islam atau tidak, bagi memastika mereka tidak menjadi proksi barat yang ingin menghancurkan kemurnian akidah umat islam di malaysia.

Resolusi Kelima : Semua blogger perlu menyedarkan umat Melayu Islam di Malaysia tentang bahayanya fahaman Islam Liberal oleh Sister In Islam ini, terutamanya yang turut diperjuangkan oleh pemimpin pemimpin PKR sehingga menjadikan Islam sudah jauh berbeza dari akidah dan syariatnya yang asal.



Laporan disediakan oleh,

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Template by : Che Moq