Pada 18 Disember lalu selepas menerima 'sentuhan terakhir' dari Bro Jinggo saya telah membuat hebahan di email melalui Yahoo Group kita. Selepas dua hari dibuka kepada komen di Yahoo Groups maka pada hari tepat sebulan usia BPN maka saya ingin isytiharkan logo rasmi BPN untuk diguna oleh ahli ahli kita semua selepas ini.
Terima Kasih kepada sahabat kita saudara Desperado yang telah mereka Logo ini dan juga Bro Jinggo yang berulang kali menambah baik logo ini mengikut kehendak sahabat sahabat BPN kita.
Ia adalah logo asal yang mendapat undian terbanyak semasa undian sebelum ini iaitu logo 7 dan tambahan terkini oleh Desperado juga telah dimasukkan di dalam logo tersebut oleh bro Jinggo.
Maklumlah untuk membuat grafik logo memerlukan sedikit ilmu pengetahuan dan tidak semua mahir dengannya.
Meskipun pada mulanya ada beberapa perkara perlu dibetulkan dan Des tidak berkesempatan menyudahkannya kerana kesibukan kerja, dan diselesaikan oleh Bro jinggo, bagi saya ia tidak menjadi apa masalah sekalipun.
Kerana ia tetap diingati direka oleh Desperado ( Blogger Pilihan Anda ) dan dibaiki mengikut citarasa ahli ahli kita oleh Bro Jinggo...
Nama pencipta logo ini tidak penting kerana yang jelas ialah ia hasil buah fikiran KITA SEMUA yang tidak ada unsur unsur mengangkat diri sendiri dan sebagainya. Ia sesuatu yang wajar dianggap hasil kerja kita bersama dan BPN menjadi nama menggantikan nama nama kita..
Apabila sesuatu kita hasilkan bersama maka nilai perpaduan dan kesatuan di dalamnya akan semakin kuat dan logo ini tentunya akan menjadi lambang penyatuan hati hati kita semua dan sedia diletakkan dengan perasaan bangga oleh ahli ahli kita selepas ini di blog mereka nanti.
Terima kasih kepada semua yang telah memberi pandangan dan cadangan serta teguran. Moga perjuangan kita akan makin laju lagi sekarang dan di masa akan datang...
Hidup BPN !!!
Salam Perjuangan.
Panglima Perang Cyber
6 comments:
Sudah berkali-kali saya cuba namun tak mahu juga. Tolong Bro. Tolong masukkan logo kita dalam blog ku secepatnya. Thanks.
Buka Dashboard >
add a gadget >
tekan simbol tambah di ruang PICTURE >
copy kod ni :
http://4.bp.blogspot.com/_8yzZ6ff4Gtw/SU8INOqqokI/AAAAAAAAAhs/Vfw93QvXM7A/S220/BPN.jpg >
klik FROM THE WEB >
paste kod di atas >
klik kotak SHRINK TO FIT >
masukkan link blog rasmi di ruang LINK >
TULIS ' LOGO RASMI BPN ' DI RUANG TITTLE >
TEKAN SAVE
itu sahaja...semoga berjaya..
MAAF !!!
kod di atas tidak lengkap..
Sila right klik atas gambar logo BPN dan pilih copy image url...
dan sambung arahan berikutnya...tq
OK BOS DH SIAP DIPAPARKAN TQ
semoga sama2 kita mempertahankan negara kita..
macammana nak jadi ahli BPN nie? Saya minat gak, boleh ker saya join. Boleh ker saya nak gunakan logo blog nie?
Mohon Tuan dapat reply pada saya...
Post a Comment